Skip to main content

TIPS MEMBELA KUCING PARSI (PERSIAN FLATFACE) !!




Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera!! Adakah anda berkeinginan untuk membela seekor kucing parsi? Tetapi tidak tahu apa yang perlu akan sediakan atau cara menjaga kucing parsi dengan betul? KB hari ini akan berkongsi dengan anda semua berdasarkan pengalaman Kb menjaga kucing berbulu gebu ini.

Makanan Kucing Premium 18kg


Pertama sekali anda harus memilih makanan kucing yang premium. Terdapat pelbagai jenis makanan kucing di pasaran. Tapi KB sarankan rujuk di kedai haiwan dan jangan beli makanan yang dijual  di pasaraya kerana kibblenya berwarna dan boleh memudarakan kucing anda. Makanan yang berkualiti penting terutamanya untuk kucing parsi kerana makanan akan memberi impak kepada kesihaan bulu, mata, kulit dan keseuruhan badan kucing. Sekiranya, makanan itu mempunyai kuantiti garam yang berlebihan, maka kucing anda akan mendapat penyakit batu karang.  Kos rawatan batu karang di Veternar boleh menelan ratusan ringgit. Oleh itu, sebaik-baiknya pilih makanan yang bersesuaian dengan citarasa kucing anda. Macam kucing KB, KB bagi makanan jenama Starpro dan  Button and Bows sahaja. Murah dan premium tapi kena beli pek besar 18kg.

Kad Vaksin Kucing

Seterusnya. membawa kucing anda untuk pemeriksaan di Veterinar. Anak kucing yang berusia 3 bulan dan ke atas sudah boleh diberikan suntikan vaksin. Biasanya kucing kampong antibody mereka lebih kuat berbanding kucing parsi ni. Suntikan vaksin amat penting bagi kucing supaya mereka terhindar daripada penyakit-penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing anda. Contoh penyakit yang biasa dikhuatiri oleh pemilik kucig ialah Virus Parvo. Jadi KB nasihat agar anda membawa kucing anda ke Klinik Haiwan dengan segera kerana kucing anda mungkin terdedah kepada virus merbahaya ini. Vaksin perlu dikalakukan untuk  minggu berturut-turut. Dan kemudian vaksin hanya perlu untuk sekali setahun untuk “maintenance”. Jangan berkira sangat kalau anda betul sayangkan kucing anda. Mesi anda tak nak tengok kucing ribuan ringgit anda mati dek kerana belum sempat vaksin kucing anda.

Kucing KB semasa sedang mandi


KB gunakan shampoo warna hijau tu. Wangi dan murah!!

Berikutnya, memandikan dan menyikat kucing parsi anda. Kucing parsi dalah kcuing berbulu tebal dan lebat. Mereka Nampak gebu tapi bila bahagian mandi dan sikatkan bulu ramai yang malas nak uruskan. Jadi sebaik-baiknya anda mandikan 2-3 kali seminggu dan sikat dan bersihkan mata mereka setiap hari. Kucing parsikan bermuka kemek/penyek jadi telah menyebabkan mereka akan mengeluarkan tahi mata yang berlebihan. Kalau dah memang anda terlalu sibuk, bolehlah hantar mereka di kedai yang ada menyediakan servis grooming. Mereka akan mandikan, cuci teiiga, sikat bulu dan pastikan kucing anda dalam keadaan yang tiptop. Macam KB, KB beli shampoo murah-murah di kedai haiwan dan Kb mandikan guna air suam supaya mereka tak terkejut. Kena latih dari kecil supaya mereka terbiasa. Epas KB gunakan hairdryerterpakai unutk keringkan bulu mereka. Kucing parsi ini bulu tebal dan susah nak kering dengan hanya menggunakan tuala. KB gunakakn bantuan kipas meja untuk mempercepatkan proses pengerigan. Kalau dan cun cantik kucing anda, mesti ramai nak peluk. KB yakin!






Untuk mendapatkan kucing gebu seperti gambar di atas. Untuk makluman semua, gambar di atas ialah kucing parsi pertama KB. Anda perlu memberi makanan yang berkualii tinggi, selalu menyikat bulu, memandikan kucing dua kali seminggu, memastikan kucing sihat dengan merujuk kepada klinik veterinar untuk mendapatkan vaksin dan sebagainya.. Semoga anda mendapat manfaat daripada post ini.

Seian sahaja dari KB. TQ :)


Comments

  1. Perkongsian yang sangat membantu untuk saya yang baru nak membela kuching

    ReplyDelete
  2. tips yang sangat berguna untuk si pencinta kucing...

    ReplyDelete
  3. Tips yg sgt berguna 😍😍 thank you KB🖒🖒

    ReplyDelete
  4. Mcm ni rupanya jaga kucing .. Ok thnks tuk tipsny

    ReplyDelete
  5. Wow .tq KB sye dh tau mcm mne nk mnjaganyer

    ReplyDelete
  6. Asllkm,nk tamya klau baby yg baru berumur 2bln,blh ker d mandikn?
    Kucing sy jns flat face dan berbulu lebat

    ReplyDelete
  7. Kalau vaksin tu mahai tak?

    ReplyDelete
  8. Bole ke shampoo baby wat shampoo kucing??? Bab suke sgt nan baunye ade infact ape2 tak???

    ReplyDelete
  9. X boleh sis, PH kucing dgn PH manusia berbeza

    ReplyDelete
  10. Terima kasih info..smoga Kb senantiasa dmurahkn rezeki ..aamiin

    ReplyDelete
  11. jenama mkn ape paling sesuai untuk kucing palsi dalam umur 1 tahun ye....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, nk tanya boleh ke kalau saya mandikan kucing yg berumur 3 bulan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN BERKAWAN DENGAN ORANG-ORANG BORNEO

Assalamuaaikum dan selamat sejahtera emua… Hari ni KB nak kongsikan pengalaman KB berkawan dengan orang borneo sejak sejak menyambung pengajian di UPSI ni. KB orang semenanjung dan menetap di Perak. Dari kecil sampai besar memang dikelilingi dengan kawan-kawan melayu, cina , india dan singh. Memang KB sebenarnya teringin sangat nak ada kawan dari Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, permohonan KB ke UPSI telah diterima dan kursus yang KB ambil memang ramai budak Borneo. Borneo terdiri daripada 3 negara Malaysia, Indonesia dan Brunei la tak silap KB.  Masa zaman sekolah dahulu KB pernah la menjejakkan kaki ke bumi Borneo ni tapi dekat Sarawak (Miri) dan Brunei (Bandar Seri Begawan) sahaja. Masa KB sampai di UPSI pun orang pertama KB jumpa memang orang Borneo.  Dia dari Sarawak dan housmates KB pulak 2 orang daripada itu ialah orang sabah, senang cakap KB memang dikerumuni dengan orang Sabah & Sarawak. Long story short! KB rasa diorang ni sangat-sangat

TIPS BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!

Assalamualaikum dan selamat sejahterah semua. Hari ini, KB nak kongsi satu rahsia bagimana anda boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Pertama sekali, anda memerlukan kamus! Ya kamus. Tak kira yang anda beli di kedai buku atau kamus di dalam telefon pintar yang anda dah “installed”. Mengapakah  pentingnya kamus? Haaaa.  Pernah tak anda baca teks atau surat khabar dalam bahasa inggeris dan terjumpa perkataan yang anda belum tahu atau nampak? Mesti pernahkan!! Disinilah peranan kamus bermula. Sekiranya anda ingin tahu maksud atau cara kegunaan perkataan itu, anda boleh terus merujuk di dalam kamus. Pastikan anda menggunakan perkataan yang anda baru belajar itu sekerapnya sehingga anda faham. Seterusnya, banyakkan membaca! Ya membaca boleh menambahkan pengetahuan anda tentang Bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya bacalah artikel atau suratkhabar pada setiap hari agar anda terbiasa dengan penggunaan ayat atau tatabahasa yang betul. KB nasihatkan agar anda