Assalamuaaikum dan selamat sejahtera emua… Hari ni KB nak kongsikan pengalaman KB berkawan dengan orang borneo sejak sejak menyambung pengajian di UPSI ni. KB orang semenanjung dan menetap di Perak. Dari kecil sampai besar memang dikelilingi dengan kawan-kawan melayu, cina , india dan singh. Memang KB sebenarnya teringin sangat nak ada kawan dari Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, permohonan KB ke UPSI telah diterima dan kursus yang KB ambil memang ramai budak Borneo. Borneo terdiri daripada 3 negara Malaysia, Indonesia dan Brunei la tak silap KB. Masa zaman sekolah dahulu KB pernah la menjejakkan kaki ke bumi Borneo ni tapi dekat Sarawak (Miri) dan Brunei (Bandar Seri Begawan) sahaja. Masa KB sampai di UPSI pun orang pertama KB jumpa memang orang Borneo. Dia dari Sarawak dan housmates KB pulak 2 orang daripada itu ialah orang sabah, senang cakap KB memang dikerumuni dengan orang Sabah & Sarawak. Long story short! KB rasa diorang ni sanga...