Skip to main content

TIPS BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!



Assalamualaikum dan selamat sejahterah semua. Hari ini, KB nak kongsi satu rahsia bagimana anda boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda.




Pertama sekali, anda memerlukan kamus! Ya kamus. Tak kira yang anda beli di kedai buku atau kamus di dalam telefon pintar yang anda dah “installed”. Mengapakah  pentingnya kamus? Haaaa.  Pernah tak anda baca teks atau surat khabar dalam bahasa inggeris dan terjumpa perkataan yang anda belum tahu atau nampak? Mesti pernahkan!! Disinilah peranan kamus bermula. Sekiranya anda ingin tahu maksud atau cara kegunaan perkataan itu, anda boleh terus merujuk di dalam kamus. Pastikan anda menggunakan perkataan yang anda baru belajar itu sekerapnya sehingga anda faham.
Seterusnya, banyakkan membaca! Ya membaca boleh menambahkan pengetahuan anda tentang Bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya bacalah artikel atau suratkhabar pada setiap hari agar anda terbiasa dengan penggunaan ayat atau tatabahasa yang betul. KB nasihatkan agar anda beli sebuah novel bahasa Inggeris dan cuba habiskan baca dan beli lagi dan jadikan membaca amalan anda. HAHAHAHA KB tahu ianya mungkin mustahil bagi sesetengah dari anda. Tapi, “Give it a try!” Siapa tahu kan?


Selain itu, anda boleh juga membuat latih tubi tatabahasa dan asas bahasa Inggeris. KB cadangkan agar beginner untuk membeli buku BI sekolah rendah dan mulakan dari situ. Bila dah rasa mahir beli yang menegah punya dan berikutnya sampai habis. Ye sejujurnya KB pun macam korang semua jugak! Dulu Zero sekarang akan dan bakal Hero la. Bila korang dah pegang Grammar nescaya korang akan yakin untuk berbahasa Global ini.



Akhir sekali, unutuk mahir dalam berbahasa Inggeris, anda semestinya harus BERCAKAP dalam bahasa Inggeris. Cari rakan yang boleh bertutur degan bahasa Iggeris dengan lancer agar anda boleh mencontohi dia tau dia akan betulkan kesilapan anda. Ya pada mulanya anda akan berasa kekok dan akan bercakap dalam bahasa rojak. JANGAN SESEKALI BERASA LEMAH SEMANGAT apabila rakan-rakan anda mengatakan bahasa Inggeris anda sebagai’ Broken English’. Biarkan mereka kerana jika anda ingin pandai anda harus yakin dan tahu bahawa kesilapan adalah normal ketika belajar. Rome pun bukan dibina dalam sehari!



Nasihat KB agar anda teruskan usaha kerana Bahasa Inggeris ialah bahasa unutk kita berhubung dengan orang luar dan bukan itu sahaja. Jangan hanya selesa dengan bahasa Ibunda anda kerana suatu hari kelak anda akan tahu kepentingan Bahasa Inggeris! Okay la KB dah penat nak taip. Kalau tips ini tak berhasil, maafkan KB sebab ni hanyalah cadangan KB sebab dahulu KB belajar seperti yang KB nyatkan di atas. Apa pun KB doakan agar korang berjaya dengan tips KB kongsikan ini.

Sekian, Terima Kasih.


Comments

  1. Wow ..bagus utk menambah pengetahuan english ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harap post ini dapat membantu semua. :)

      Delete
  2. perkongsian yang sangat berguna untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam berbahasa Inggeris...

    ReplyDelete
  3. Info yg bermanfaat.🖒🖒

    ReplyDelete
  4. Tips yang sangat membantu .

    ReplyDelete

Post a Comment